Salam untuk semua...
Pagi tadi Mus call aku.Suara dia cemas semacam.Suspen giler tu. Rupa-rupanya dia panggil aku pasai berukband celcom dia yang awat ntah selepas dia baru bayar bil speed jadi teramat slow sesangat. So aku pun dengan pantasnya pergi la (macam la aku ni terra sangat bab-bab internet ni).Cek punya cek aku bagitau la kat dia call la celcom, buat report bagitau kat depa broadband (berukband) ni slow, lembab macam siput babi.Dia pun call la kawan dia yang kerja kat Celcom minta tolong kawan dia tu check dengan technical team depa.Sambil dia dok bercakap tu aku terpandang kat TV rumah dia rancangan Nasi Lemak Kopi-O kat TV 9 depa dok menyanyi lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Aku pun ada lah meng"upload"kan kat youtube naru-baru ni video clip yang aku buat sendiri tribute untuk semua ibubapa di dalam dunia ni. Dalam video klip ni aku guna lagu Ayah Dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman sebagai soundtrack dia.Layanlah...
Hari ni aku cuti, tak bekerja atau dalam bahasa omputihnya dipanggil day-off.
Tapi biasa la di tempat aku bekerja sekarang ni mereka bercuti Sabtu & Ahad.Walaupun aku hanya sekadar vendor di sini ( dan company aku based di Penang) aku pun menikmati waktu bekerja sama seperti kilang tersebut walaupun colleague aku yang lain di Penang bekerja pada hari Sabtu alternate.
Alhamdulillah.
Jadi, plan asal aku ni dua tiga hari sebelum ni maklum saja la bila dok awal bulan ni , lepas tu gaji pun baru masuk pulak , aku bercadang nak balik rumah mak ayah aku di Alor Setar. Tapi oleh kerana hari ni anak aku yang sulung tu ada aktiviti di sekolahnya , terpaksalah aku postponekan plan aku ke minggu depan.Fikir rasa nak balik lepas dia balik sekolah sat lagi , rasa masa tu suntuk sangat pasai malam satgi nak kena balik mai pula pasai esok depa dua-dua beradik ni sekolah pulak (Kedah sekolah hari Ahad).
Tapi bila aku jenguk-jenguk kalender, memang minggu depan dah start cuti sekolah seminggu tapi pada masa tu kenduri pula banyak ...tapi insyallah aku cuba untuk sesuaikan masa aku untuk cari kesempatan untuk balik kampung jenguk mak ayah aku.Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.Kali terakhir aku balik kapung ialah semasa cuti raya cina bulan lepas.
Tadi baru saja aku call dan bercakap dengan mak. Ayah pula masa tu tiada di rumah , dia ada program di Radio Kedah pagi hari Sabtu ni , rancangan Loghat Utara dia. Aku pun bagitau la kat mak pasai plan aku yang tak jadi ni.Mak aku kata takpa la nanti kalau ada masa baliklah.Dia pun bagitau depa pun banyak kenduri juga minggu depan ni.Sajalah aku dok melawak kat mak aku bila aku bagitau kat dia nanti kita buat video-call saja la, tak payah susah-susah nak balik. Start dah ada internet kat rumah ni kerap juga la aku dok call mak ayah bertanya khabar dan kadang kala kami bervideo-call ,bolehlah mak ayah lepas rindu depa kat cucu-cucu tu.
Tapi yang afdhalnya apabila kita sebagai seorang anak haruslah menjenguk ibubapa kita di kampung bila ada kelapangan bukan hanya sekadar menelefon atau bersms sahaja.Kalau kita bagi hati ibubapa kita berasa seronok bila kita balik menziarah mereka, kita dah beroleh pahala dah dan yang ni pun adalah satu perkara yang digalakkan oleh agama dan amalan yang soleh.
Insyallah aku akan balik juga.
Wassalam.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Dari Anda Amatlah Di Alu-alukan...
Sila Tinggalkan Apa Saja Komen Anda Di Sini...