Salam 2 all, Jikalau di negara kita , kes serangan binatang buas yang paling banyak merekodkan kematian manusia ialah kisah serangan buaya di Sungai Batang Lupar , Sarawak oleh seekor buaya yang di gelar Bujang Senang di mana ia dipercayai telah mengganas sejak tahun 1941 dan ia telah berjaya dibunuh pada tahun 1992. Walaupun jumlah sebenar mangsanya tidak diketahui , tetapi dipercayai berpuluh-puluh orang telah dikatakan menjadi mangsa kepada buaya lagenda itu yang sepanjang 20 kaki. Baiklah , itu kisah di Malaysia. Bagaimanakah pula dengan rekod serangan binatang buas yang paling banyak membunuh di dunia? Kes haiwan pemangsa yang mempunyai rekod membunuh manusia terbanyak di dunia ialah kes Harimau Champawat di wilayah Kumaon yang terletak di berhampiran sempadan India-Nepal pada sekitar tahun 1890-an. Mengikut laporan oleh kerajaan British-India ketika itu , seramai 436 orang telah dibaham harimau betina itu yang berasal dari spesis Harimau Bengal ini dan kebanyakkan kes serangan berlaku ketika waktu siang di mana ia dilaporkan memasuki kampung-kampung dan menyerang manusia dengan ganas. Ini telah menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk kampung dan mengikut rekod mangsanya yang terakhir ialah seorang gadis berusia 16 tahun yang diserang ketika berjalan kaki bersama rakan-rakannya sebelum harimau berkenaan ditembak mati oleh Jim Corbett (seorang Pegawai British) beberapa jam kemudian pada tahun 1907.
Satu bedah siasat dilakukan terhadap bangkai binatang pemangsa itu dan menemui satu kesan luka tembakan lama di bawah dagunya yang merosakkan mulutnya. Dipercayai itulah punca harimau berkenaan mengganas kerana ia tidak mampu lagi memburu dan ia menjadikan manusia sebagai sasaran mudah. Kisah mengenai legenda Harimau Champawat ini telah diceritakan di dalam sebuah buku yang berjudul Maneaters of Kumaon (1944) tulisan oleh pembunuhnya sendiri , Jim Corbet. Rata-rata kes binatang yang menyerang dan membunuh manusia ini adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri selain dari naluri membunuhnya yang luarbiasa yang ada pada binatang itu sendiri…. Wallahu’alam… |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Dari Anda Amatlah Di Alu-alukan...
Sila Tinggalkan Apa Saja Komen Anda Di Sini...