Salam kepada semua,
Sebelum ini di dalam entry aku di SINI , aku menulis mengenai kehilangan penutup longkang berhampiran kediaman aku di Fasa 7 Taman Mutiara , Sungai Kob , Kulim yang dipercayai telah dicuri oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
![]() |
| Gambar dari entry terdahulu: Keadaan lubang yang hilang besi penutupnya. |
Dan semenjak itu , untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini kepada pengguna jalan yang melalui kawasan berkenaan terutama sekali orang luar , ada pihak yang meletakkan pacang kayu sebagai tanda amaran tentang adanya lubang yang menjadi 'perangkap maut' itu.
Namun ia digantikan pula dengan barang-barang lain seperti kusyen buruk dan kerusi rotan kerana dipercayai barang-barang yang diletakkan tersebut turut hilang angkara 'tangan-tangan nakal'.
Sehinggalah baru-baru ini (lebih kurang sebulan lalu), aku dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa perkara ini ( kes penutup longkang hilang) telah selesai. Katanya, ketika di satu majlis anjuran persatuan penduduk fasa 7 , penghulu mukim telah memaklumkan bahawa pihak majlis perbandaran telahpun memasang semula besi penutup longkang terbabit dua hari sebelum itu.
Tapi kata beliau , pada hari yang sama penutup besi itu dipasang , malamnya ia dicuri lagi. Fuh..hebatkan pencuri itu ye. Macam tau-tau saja penutup baru digantikan.
Tambah penghulu itu lagi , selepas itu , majlis perbandaran sekali lagi telahpun menggantikan pentupu yang hilang buat kali kedua itu dengan penutup yang baru , kali ini lagi canggih dari penutup besi yang sedia ada.
Konfirm orang tak boleh nak curi dah!!
Nah!!!... Inilah penutup baru yang digantikan itu. Sudah hampir sebulan lebih terpasang di situ. Canggihkan?
Pada hemat aku yang naif ini :
- betulkah majlis perbandaran telah menggantikan penutup besi longkang , namun akhirnya dicuri pula pada malam ia dipasang? Kalau betul memang cekap dan up-to-date kawaq (pencuri) tu sebab boleh tahu lubang itu sudah ada penutup baru.
- kenapa di kawasan lain penutup longkang digantikan dengan penutup konkrit sedangkan tidak di situ ? Pihak berkenaan sudah kehabisan stok dah ke?...
Dua gambar terbaru di atas ini aku ambil pada sekitar jam 8 malam tadi.
Cuba perhatikan betapa gelapnya kawasan tersebut apabila waktu malam. Tambahan lagi lubang ini terletak berhampiran dengan sebuah simpang dan menjadi laluan kepada penduduk taman berulan-alik. Tiada lampu jalan yang menerangi simpang berkenaan.
Bukanlah tujuan aku nak memperjatuhkan / mempersendakan maruah sesiapa ataupun lebih-lebih lagi nak memperburukkan mana-mana pihak. Aku sanjung usaha-usaha yang dibuat demi kesejahteraan penduduk taman selari dengan konsep "Kedah Sejahtera" tidak kiralah dari mana-mana pihak.
Tetapi biarlah hasil usaha itu berbaloi , kena dengan tempatnya. Sedangkan penutup simen konkrit pun boleh pecah , inikan pula kepingan kayu papan sahaja.
Agak-agak anda , berapa lama papan-papan yang menjadi penutup longkang ini mampu bertahan hujan dan panas?.
Wallahu'alam...

Klik sini untuk membaca entry sebelum ini.
_______________________________________________________________________







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Dari Anda Amatlah Di Alu-alukan...
Sila Tinggalkan Apa Saja Komen Anda Di Sini...